Followers

Friday 27 May 2011

Kenapa Saya Buat Jualan Amal?


Assalammualaikum dan selamat sejahtera?  Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya buat jualan amal. Apapun bagi saya ini adalah sekadar perkongsian kisah benar saya kepada anda. Yang baik harap diambil teladan dan yang tidak baik diambil iktibar insyaALLAH. Tiada langsung dapat dibanggakan sebab saya nie hanyalah hamba ALLAH yang hina akan kembali juga kepada tanah akhirnya.

Okla saya pun tak nak bercakap intro terlampau banyak. Mungkin bagi ramai orang (mungkin tak semua), sebelum membuka sesuatu perniagaan, bab keuntungan adalah perkara paling utama difikirkan tapi bagi saya itu adalah perkara ke-2. Perkara pertama yang saya fikirkan sebelum membuka perniagaan ini ialah bagaimana saya sebagai manusia dan juga sebagai seorang mahasiswa dapat memberi sumbangan kepada insan yang kurang bernasib baik.

So macam mana tue? Macam nie semuanya bermula apabila sewaktu saya berkunjung di rumah mak cik saya yang dipanggil mak jang di Alor Setar sewaktu cuti semester. Pada masa kunjungan saya tersebut, kebetulan pelanggan mak jang saya datang ke rumah mak jang untuk mengambil ketupatnya kerana mak jang saya mengambil upah membuat ketupat sebagai part time. Pelanggan mak jang saya tue datang berkeluarga…….smua lah ada sekeluarga. So hati saya tertarik akan seorang daripada beberapa anaknya.

Kenapa seorang anaknya itu menarik perhatian saya? Ini kerana anak tersebut mengidap penyakit down sindrom. Tapi yang menariknya mak ayahnya sangat melayannya sangat baik berbeza dengan apa yang saya lihat di dalam realiti sebenar kehidupan di kaca berita di tv dan di dada akhbar dan juga di rumah-rumah kebajikan yang anak-anak sebegini sebahagiaannya akan ditinggalkan oleh mak ayah mereka di tempat sebegitu kerana pelbagai sebab antaranya malu, kos rawatan berjumpa pakar yang sangat tinggi dan macam-macam lagi. Tapi agak menakjubkan bagi ibu bapa yang secara kebetulan pelanggan kepada mak jang saya nie, mereka sangat memelihara anak mereka yang mengidap sindrom down ini dengan begitu baik sekali.

Mereka menghantar anak ini ke tadika khas untuk sindrom down dan sentiasa ingin mengambil tahu cara terkini dan terbaik bagaimana untuk menjaga anak yang mengidap down sindrom ini sebaiknya. Terdetik di hati saya sewaktu tersebut bagaimana dengan anak-anak sebegini yang mak ayahnya tidak mengambil peduli dan menempatkan anak-anak sebegini di rumah kebajikan. Kiranya anak ini amat bertuah kerana mak ayahnya sangat mengambil berat dan tidak lokek mngeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menjaga anak istimewa ini kerana kos rawatannya yang tinggi. So saya pun terfikir apa nasib terjadi kepada anak-anak istimewa sebegini yang ditempatkan di rumah kebajikan. Siapa yang mengambil peduli tentang mereka kecualilah kakitangan rumah kebajikan tersebut dan juga adakah selama ini saya sebagai manusia dan seorang mahasiswa adakah mengambil peduli tentang penghidupan mereka di sana? Sama sekali tidak.

Alhamdulilah kerana HIDAYAH DARI ALLAH S.W.T  sewaktu kedatangan pelanggan mak jang saya yang datang mengambil ketupat tersebut,  saya tiba-tiba terbuka hati tentang tanggungjawab saya sebagai manusia yang sihat tubuh badan dan juga sebagai mahasiswa untuk mula mengambil peduli tentang anak-anak sindrom down yang ditempatkan di rumah kebajikan. Tapi bagaimana ya cara saya ingin membantu mereka? Selepas 2-3 hari saya berfikir tentang bagaimana cara tersebut, tiba-tiba Pengasas kepada Krim Penawar 36 Penyakit Nur Syifa iaitu Encik Amran bin Zulkifli datang ke rumah saya kerana ingin menghantar stok krim nur syifa yang ditempah direct dari kilangnya di Sungai Petani, Kedah kepada abang saya.

Oleh kerana Pengasas tersebut berada lama di rumah saya, saya sempat berbual lama dengannya dan sangat tertarik dengan betapa terbukti berkesannya produk yang diasaskan olehnya sampaikan beliau tidak mahu mengiklankan produknya tersebut di media walaupun mampu untuk berbuat demikian kerana permintaan produk ini sangat-sangat tinggi sehinggakan tidak menang tangan oleh kerana keberkesanannya, Apa yang menarik kerana keberkesanannya, walaupun tidak diklankan di media produk ini telah pun dieksport secara keseluruhannya ke Brunei, Republic Of Ireland dan juga Singapura dan itu bagi saya memang terbukti mujarab krim nur syifa nie insyaALLAH kerana secara logiknya kalau tidak mendapat permintaan dari sana mestilah tak akan dieksport.

So pada hari itu juga saya berkata kepada diri saya ‘why not aku jual jer produk ini dan sebahagian hasil jualan aku sumbangkan kepada Rumah Kebajikan Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)’ untuk membantu anak-anak sindrom down yang kurang bernasib baik.  Bukanya cuti semester,  saya terus bersemangat untuk melakukan jualan amal krim nur syifa yang mana sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada rumah kebajikan tersebut yang mana no akaun cimb banknya adalah 14480000235102.

Justeru saya berharap anda semua yang berkunjung ke blog ini dapat memberi sokongan kepada jualan amal krim nur syifa samada membelinya,  menyokong jualan amal melalui berkongsi artikel ini di facebook, twitter, ataupun mengambil iktibar dari artikel benar ini untuk membina perniagaan berkonsepkan amal sangat-sangat disyorkan terutama kepada semua siswa siswi yang saya ingin menyeru bangkitlah anda semua untuk bersama-sama menyumbang kepada masyarakat melalui program tanggungjawab mahasiswa terhadap insan yang kurang bernasib baik ini insyaALLAH. Pihak jualan amal kami sangat menggalakkan penglibatan siswa siswi ke dalam jualan amal ini so kepada siswa dan siswi di mana saja yang mempunyai semangat membuat kerja amal melebihi kepentingan kepada wang sangat digalakkan memohon kepada kami untuk menjadi sebahagiaan daripada pasukan jualan amal kami ini yang sudah mengembangkan konsep jualan amal krim nur syifa dalam masa hanya masa tidak sampai 5 bulan ke 2 buah Negara iaitu Malaysia dan Brunei dan ke 6 buah negeri di Malaysia iaitu Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Permohonan anda hanya hantar jawapan anda kepada soalan kami ‘Kenapa Anda Terbuka Hati Menyertai Jualan Amal ini?’ Hantar juga selain jawapan itu berserta nama penuh, no tel dan alamat anda ke emel mutiarahatiamal@yahoo.com . Bukan siswa siswi yang mempunyai semangat kerja-kerja amal pun dijemput menghantar permohonan anda ke emel tersebut. Keputusan permohonan akan diberitahu secara emel insyaALLAH.

Di sini saya ingin berkongsi rahsia perniagaan amal adalah anda pilih 1 produk yang betul-betul terbukti berkesan dan sebahagian hasil jualan produk tersebut anda sumbangkan kepada sebuah rumah kebajikan yang anda pilih. Mudah jer daripada kita membuang masa bermain games seperti dota dan lain-lain mahupun menonton filem korea yang adakalanya sangat menyayat hati, baik kita menyumbang sesuatu kepada masyarakat kerana dalam islam pun sudah menyatakan manusia yang paling baik di antara kamu adalah manusia yang dapat menyumbang kepada orang lain dan juga tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Nasihat saya janganlah berasa takut harta anda berkurang untuk menderma kerana setiap 1 yang kita beri, 9 kita akan dapat kembali seperti yang difirmankan oleh ALLAH S.W.T  di dalam AL-QURAN. Saya akhiri artikel ‘Kenapa Saya Buat Jualan Amal’ ini dengan menyusun 10 jari memohon kemaafan jikalau artikel saya ini mengguris hati mana-mana pihak kerana apa yang baik datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk datang daripada diri saya sendiri insyaALLAH. Kepada ibu bapa pada anak-anak istimewa di luar sana yang menjaga anak-anak istimewa ini dengan penuh kasih sayang, saya doakan anda semua dimurahkan rezeki dan hidup sentiasa diberkati oleh-NYA insyaALLAH. Jika anda ingin share artikel ini saya sangat-sangat galakkan insyaALLAH untuk perkongsian bersama. Lembutkanlah hati kita untuk selalu memberi insyaALLAH.
                                                                                      
YANG BENAR, 
    MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL RAHMAN
PENGASAS JUALAN AMAL KRIM NUR SYIFA 
MAHASISWA SARJANA MUDA (SAINS BIOLOGI)10/13,
JABATAN SAINS BIOLOGI,
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (FST),
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
                                                                                      

No comments:

Post a Comment


share/bookmark